![]() |
Anggota polis mengangkat Najihah Natri yang cedera di bahagian badan selain putus dua jari tangan setelah ditetak bapanya |
Memaparkan catatan dengan label Masyarakat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masyarakat. Papar semua catatan
18 Ogos 2010
SEDIH
09 Mei 2010
IBU
Ibu, emak, mama, ma, umi, bonda dan mummy merupakan panggilan seorang anak kepada ibu mereka. Pada hari ini, masyarakat menyambut hari yang dikhususkan kepada wanita yang mempunyai anak. Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara dalam dunia ini. Bagi Malaysia, Hari Ibu disambut secara tidak rasmi pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei. Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kepada kaum ibu. Sekarang, masyarakat mudah melupai ibu sendiri. Malahan ada yang sanggup membunuh ibu mereka sendiri. Berita-berita sebegini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Faktornya, gejala dadah dan pil kuda, tiada didikan agama, terlalu mengejar kehidupan dunia dan pelbagai faktor lain.
Ibu, seorang insan yang cukup istimewa. Setitik air susu ibu yang mengalir resap ke dalam tubuh kita tidak terbayar dengan emas permata.Janganlah kita mudah memberi alasan sibuk dengan kerja, rumahtangga, anak-anak dan suami dan aktiviti lainnya sehingga tidak mampu untuk mengunjungi dan menziarahi ibu sendiri. Kita mesti sedar, peranan dan jasa ibu bukan calang-calang tahapnya. Ibulah insan yang bertarung nyawa semasa mengandung dan melahirkan anak-anaknya ke dunia.Ketika kita masih kecil, ibulah yang menyuapkan makanan, menyusukan kita, mendodoikan tidur, mengajar bertatih dan sebagainya.Apabila anak-anak sedang membesar dan meningkat dewasa, ibu tidak putus-putus melaksanakan peranannya menjadi pendidik, menjadi tempat anak-anak bermanja dan mengadu nasib, menjadi penghibur dan pengubat rasa sedih dan nestapa.Untuk itu sebagai anak-anak, kita bertanggungjawab meraikan dan memuliakan ibu sepanjang hayat.
Allah SWT menegaskan dalam Surah al-Israa’, ayat 23 maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”.
Bayangkan, untuk anak-anak berkata “Ha” pun ditegah oleh Allah SWT untuk dilakukan kepada ibu, apatah lagi jika kita bersikap kasar, membentak atau ke tahap memukul mereka. Kita harus ingat keredaan Allah SWT itu terletak kepada keredaan ibu. Murkanya ibu bermaksud, murka jualah Allah SWT terhadap kita.Nabi Muhammad SAW juga telah memberi banyak isyarat yang jelas akan tingginya martabat seorang ibu dalam kehidupan kita. Dikatakan pada suatu hari datang seorang lelaki bertemu Rasulullah SAW dan lelaki itu berkata: “Saya ingin melaksanakan Jihad dan ikut pergi berperang di jalan Allah, tetapi ibu tidak sepenuh hati melepaskan saya untuk berbuat demikian.” Rasulullah SAW kemudian menjawab, “Pulanglah kamu dan beradalah di sisi ibumu. Aku bersumpah dengan nama Tuhan yang mengutusku untuk menyampaikan kebenaran, bahawa untuk berada di sisi ibu bagi satu malam (dan melayan serta berbuat baik kepadanya) adalah lebih baik daripada mengikut berperang dan berjihad di jalan Allah selama setahun”.Begitu juga cerita di mana seorang lelaki telah bertemu dengan Rasulullah SAW di mana lelaki itu menyoal, “Siapakah orangnya dalam dunia ini yang perlu saya hormati dan hargai?’ Lalu Rasulullah SAW menjawab “Ibumu’. Lelaki itu bertanya lagi sebanyak dua kali “Siapakah selepas ibu?” dan jawapan Rasulullah SAW tetap “Ibumu”. Akhirnya bila ditanya lagi ‘Siapakah selepas ibu?’ barulah Rasulullah SAW menjawab “Bapamu”. Jelas bahawa mesej Rasulullah SAW ini menganjurkan agar seorang ibu yang kaya dengan sifat lemah lembut dan kasih sayangnya itu perlu diberikan penghargaan yang lebih tinggi berbanding insan-insan lain di dunia ini.
Sempena Hari Ibu yang disambut pada hari ini, sewajarnya kita merenung kembali peranan kita terhadap ibu kita. Walaupun seorang ibu tidak pernah mengharapkan sebarang balasan harta dan wang ringgit daripada seorang anak atas pengorbanannya selama ini, tetapi kita sebagai anak mesti menghitung hisab tentang hal ini. Hari Ibu bukan bermakna hari ini sahaja kita mengingati ibu kita . Ini hanyalah simbol untuk kita menyorot kembali jasa budi kasih suci seorang ibu kepada setiap manusia. Kita mesti membalas jasa-jasa mereka walau tidak dipinta. Buatlah apa sahaja yang boleh menggembirakan mereka. Seorang ibu pasti gembira jika seorang anaknya menjadi anak yang baik, taat kepada mereka, tidak melakukan sebarang perbuatan yang mencela agama dan mendoakan kesejahteraan diri mereka. Jika ibu sakit, kita mesti menjaga dan merawatnya. Kita mesti mendoakan kesejahteraan kepada ibu kita sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Kepada semua wanita yang bergelar ibu - Selamat Hari Ibu.

19 Mac 2010
KESEDERHANAAN
Seronok. Puas.
Bukan dapat duit berjuta tetapi sempat bawa anak-anak makan nasi di Restoren Abe Mi di Kota Bharu. Restoren ni bukan kelas 5 bintang. Tapi hanya sebuah restoren kecil tepi jalan. Tiada pendingin hawa yang dipasang untuk menyejukkan bahang yang panas ketika ini. Tiada pelayan yang berpakaian seksi mengacau jiwa lelaki miang. Tiada meja kerusi empuk hanya kerusi plastik yang usang disediakan. Tiada pinggan yang mahal-mahal. Cuma dihidang beralaskan kertas pembungkus. Namun, hebatnya restoren ini kerana pelanggan tidak putus-putus. Mereka sabar berbaris untuk mendapatkan sebungkus nasi. Pelanggannya pelbagai latar belakang. Ada yang datang berselipar jepun. Ada yang bertali leher kasut berkilat. Ada juga yang memakai gelang sebesar jam ditangan. Ada Melayu, Cina dan jarang-jarangnya India. Ada yang datang berseorangan, berpasangan dan juga penuh sebuah Naza Citra. Satu tujuan satu harapan- sebungkus nasi sepotong ayam.
Aku mengagumi kehebatan restoren ini. Biarpun ia sederhana namun ia memikat ramai manusia. Pelbagai usia, bangsa, miskin dan kaya. Ia tidak menipu dengan kehebatan kata-kata dan slogan indah semata-mata. Hanya kesederhanaan tetapi sedap dimakan, indah untuk dikenang.
Barangkali juga, hidup kita mesti begini. Jangan hanya hebat melaungkan kata-kata tetapi kosong pada pandangan orang.
12 Mac 2010
KHUTBAH

Aku bermuhasabah ke dalam diri. Khutbah tadi memberi peringatan dan nasihat agar aku dan para suami yang lain mesti menjalankan amanah yang dipertanggngjawabkan selari dengan tuntutan agama.
27 Februari 2010
MENGAPA PERKARA INI HARUS BERLAKU?
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin. Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan. Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan.

JENAZAH Syafia Humairah dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, Kuala Kubu Bharu, semalam.
Itu sedutan sebahagian berita akhbar harian hari ini. Perasaan sedih, marah, benci dan geram makin bercampur baur apabila mendengar berita di TV pada malamnya. Mengapa anak kecil yang comel ini menjadi mangsa keganasan? Mengapa perkara ini mesti terjadi? Barangkali manusia sudah hilang kemanusiaannya. Barangkali manusia sudah tiada perasaan kasih sayangnya. Barangkali manusia sudah kekeringan akal kewarasannya. ..barangkali????

Harta yang paling tinggi nilainya bagi setiap insan di dunia ini adalah anak. Anak juga menjadi lambang kebanggaan masyarakat. Setiap ibu bapa pasti akan sanggup berkorban apa sahaja untuk kebahagiaan anak-anak mereka. Apabila kita mendengar khabar penderaan kanak-kanak, pasti jiwa kita akan terasa sedihnya. Seorang anak yang sepatutnya dibesarkan dengan limpahan kasih sayang dan didikan daripada orang tua mereka. Bukan tendangan, sepakan dan tumbukan daripada 'lelaki perkasa' sebagai 'hidangan' dan 'makanan' anak kecil yang lemah segala-gala.
Wahai anakku belahan jiwaku,
bisikan sukma seorang ibu,
Mendengar jeritan suara lahirmu,
Hilang derita bahagia terharu.
Duhai anak cahaya mataku,
Buah hati pelunak jiwaku,
Betapa nian kasih ibumu,
Hanya Allah Yang Maha Tahu.
Oh anak juitaku sayang,
Kasih ibu tiada bandingan,
Sayang ayah bertindih bayang,
Setinggi langit seluas lautan.
Ketahuilah anak dewi tercinta,
Harapan tinggi ayah dan bonda,
Hidupmu biar memberi guna,
Nikmat Allah sejahtera bahagia.
09 Februari 2010
BERSYUKURLAH KITA
Selesai mengambil anak pulang dari kelas tuisyen, aku melayari internet. Aku terjumpa gambar-gambar yang cukup menyentuh rasa kemanusiaan. Berbanding dengan kita di bumi Malaysia, aku rasanya tiada masyarakat kita yang hidup begini rupa. Biarpun hidup dikatakan miskin dan dhaif, namun masih mampu menikmati makanan dan sihat tubuh badan. Mungkin tidak mampu memiliki sebuah kereta tetapi mungkin motor buruk ada di laman sana. Kita fikir dan renung sendiri. Allah SWT menguji kita dengan kesenangan, kemewahan dan kekayaan. Berbeza dengan rakan kita di sana, yang tiada apa-apa. Hanya mengharap sebiji nasi dan setitik air untuk terus menatap dunia.
KASIH SAYANG
Kasih sayang adalah kunci kehidupan yang berbahagia. Tanpanya, hidup kita akan terasa kekosongan dan kegelapannya. Tidak kira miskin atau kaya, haiwan ataupun manusia, semuanya hidup bahagia jika hidup dilimpahi kasih sayang. Pelbagai cara kita menyatakan kasih sayang. Jika orang berada, mungkin dibeli seutas gelang emas ribuan ringgit untuk orang tersayang.Atau juga sebuah kereta vios putih tanda suci kasihnya kepada isteri tercinta. Atau seekor anak patung beruang yang cantik untuk anak kecil yang sedia menanti kepulangan. Ada juga yang hanya mampu membelai-belai dan memberi ciuman mesra untuk anak-anak sebelum melangkah pergi ke tempat kerja. Tidak kurang juga yang sering membisikkan kata-kata, "anakku, kaulah permata ayah bonda. Belajarlah. Itu harta yang akan kau bawa ke hari muka". Bagi seekor beruk betina tua pula, mungkin hanya pandai mengusap kepala anaknya tanda kasihnya yang tak terhingga. Itulah kasih sayang. Pelbagai cara kita menyatakannya. Dalam diam, kita mengucap syukur ke hadrat Allah SWT Yang Maha Esa yang telah memberikan kebahagian dalam hidup kita. Semailah kasih sayang sesama manusia, haiwan dan alam semesta.
04 Februari 2010
sikap kita
FALSAMPAH GILA-GILA :BIARLAH DUDUK KERANA PENAT DARIPADA PENAT KERANA DUDUK.
Petang tadi, selepas selesai urusan di sebuah bank di Jerteh, aku memasuki sebuah kedai buku. Aku ingin membeli surat khabar . Tiba-tiba anakku memberitahu bahawa dia ingin membeli sebuah majalah iaitu Gila-Gila. Ya, sudah lama aku tidak membaca majalah ini. Walaupun dikenali sebagai sebuah majalah humor sahaja namun kadang-kadang kartunnya atau bicara humor di dalamnya membawa seribu makna.
Petikan di atas, aku petik daripada majalah ini. Kata-kata ini mempunyai maksud yang mendalam. Dalam kehidupan seharian, kita akan bertemu dengan pelbagai ragam dan karenah manusia. Satu sikap yang sering kita jumpai ialah sikap MALAS. Ada yang malas bekerja, malas belajar, malas berusaha, malas mencari ilmu dan bermacam-macam malas lagi. Apabila kita malas, kita akan mencipta pelbagai alasan dengan harapan orang lain akan memahami masalah kita.Contohnya, apabila seseorang menyuruh kita membuat sesuatu kerja kepada diri kita, mungkin kita akan melihat ianya sebagai satu halangan dan masalah besar kepada diri kita. Maka kita akan mencari alasan-alasan supaya tugasan tadi diserahkan kepada orang lain.
"Maaflah cikgu, saya tidak pandai komputer. Kalau saya buat mungkin cikgu tidak menyukainya",
" Saya masih baru di sini. Saya tidak kenal dengan rakan-rakan di sini. Bagaimana saya boleh meminta mereka melakukan kerja ini. Saya tidak boleh melakukannya, cikgu".
"Cikgu, saya orang miskin. Hidup susah. Kalau saya belajar bersungguh-sungguhpun, saya tetap miskin juga..tak da duit nak masuk U"
Mungkin itu sebahagian daripada kata-kata yang kita akan dengar daripada seseorang. Sepintas lalu memang nampak kebenaran kata-kata tadi tetapi apabila kia menghayati betul-betul, semuanya terbit kerana ketidakyakinan kepada diri sendiri dan sikap MALAS. Oleh kerana itu, manusia sering dimotivasikan diri mereka melalui ceramah, forum, syarahan dan sebagainya supaya mereka yakin kepada keupayaan, keisitmewaan dan kelebihan yang ada dalam diri mereka. Masalahnya, mereka sendiri tidak memotivasikan diri sendiri.
Di sekolah, kita sering berjumpa dengan pelajar yang bersikap seperti falsampah Gila-Gila ini. Mereka lebih cepat mencari jalan untuk mencipta alasan daripada mencari akal menyelesaikan tugasan. Pernah aku bertanya kepada pelajar di kelas yang paling akhir di tingkatan lima, siapakah yang yakin dirinya akan lulus Bahasa Melayu. Jawapannya, hanya 10 orang daripada 29 orang yang mengangkat tangan menandakan mereka yakin lulus Bahasa Melayu. Ditanya mengapa yang lain tidak mengangkat tangan, mereka menjawab : tidak yakin.
Mereka lebih senang tidur daripada menjawab soalan peperiksaan . Mereka lebih pentingkan motor daripada buku-buku pelajaran. Mereka lebih kenal siapa penyanyi rock terkenal di Amerika tetapi mereka tidak kenal nama ustazah yang mengajar Pendidikan Islam di kelas mereka. Mereka merungut tiada wang untuk membayar yuran tetapi mudah saja kalau hendak membeli sekotak rokok.
Begitulah....kalau kita sering mencipta alasan daripada menguatkan azam mengapai kejayaan.
21 Januari 2010
Selamatkah kita?
Setiap hari kita disuakan dengan berita kematian, keganasan dan penderitaan yang berlaku dalam rumah sendiri. Anak membunuh bapa, datuk, nenek dan adik; Isteri beranak dua dibunuh suami; Anak gadis dirogol bapa sendiri; Gadis cacat mangsa nafsu bapa tiri; Bayi masih bertali pusat dibuang ke dalam tong sampah oleh ibu sendiri; Pembantu rumah didera majikan sehingga 'dijemput' kematian. Berita-berita seperti ini menarik minat masyarakat untuk membaca dan mengetahuinya. Pelbagai andaian dan pendapat dilontarkan tentang sebab-sebabnya namun jawapan akhir yang kita mempersetujui bersama ialah KEKEJAMAN.
Ya, memang sesuatu yang amat kejam apabila seorang lelaki yang diharapkan menjadi pelindung kepada si isteri adalah pembunuh yang paling kejam. Bukan sahaja dihentak ke dinding-dinding konkrit, malah jasadnya dibakar atau dihumban ke sungai.Memang kejam. Anak gadis yang sepatutnya dididik supaya menjadi insan berjaya pada masa hadapan tetapi diragut mahkota kehormatan mereka tanpa belasa kasihan. Jeritan derita anak-anak sudah menjadi 'lagu-lagu' yang mengkhayalkan mereka.Manusia sudah hilang batas kemanusiaan. Yang ada bertapak subur dalam diri mereka hanyalah nafsu syaitan.
Siapakah yang kita patut mempersalahkan? Selamatkah kita?
18 Ogos 2009
SELSEMA BABI, INFLUENZA A H1N1.
Beberapa bulan lepas, kita masih rasa selamat kerana kita tak mengunjungi ke luar negara ataupun menaiki pesawat ke luar negara. Ataupun tak ada saudara mara dari luar negara berkunjung ke rumah kita.Tambahan pula, banyak kes selesama babi yang berlaku melibatkan kes-kes import. Bukan kes tempatan. Tetapi kini kes-kes selesama babi ini berada di merata-rata. Baru-baru IPSM yang terletak di sebelah sekolahku telah ditutup..ah! masing-masing merasa gundah.
Aku melihat ada juga rakan-rakan sekolah yang memakai topeng mulut dan hidung sebagai langkah pencegahan. Ada jugak pakai topeng dileher...lemas, rimas dan kurang selesa kata cikgu Sidek.
Dalam keadaan begini, kita rasa takut untuk bergerak ke mana-mana. Namun kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ia satu wabak yang sedang merebak. Yang kita wajib dan yakin adalah semua ini adalah ketentuan-Nya dan kepada Allah s.w.t jua tempat kita menadah doa memohon perlindungan dan keselamatan. Di samping kita juga berusaha mengawalnya segala yang terdaya melalui pengaulan dan penjagaan kebersihan.
Ingin dikongsi satu doa untuk keselamatan dan kesentosaan daripada segala penyakit yang dipanjangkan oleh Dato’Haji Murtaza bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang bermaksud :

Kami berlindung dengan Mu ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut pada-Mu ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam yang ghaib, dan kami bertawakal kepada-Mu ya Allah Tuhan yang hidup lagi tidak mati. Wahai Tuhan kami! Jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta’un dan bala bencana, dengan ihsan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Lembut Lagi Maha Mengetahui, sesungguhnya-Mu ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan Penghulu kami, Nabi Muhamad s.a.w, ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya. Segala pujian bagi-Mu ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam.
16 Ogos 2009
52- di bawah rahmat-Nya, kita sambut MERDEKA
Pagi tadi, sekolahku menyambut bulan kemerdekaan. Kami laungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDKA! Semangat sungguh guru-guru dan anak murid melaungkannya. Sebelum itu, kami mendengar amanat tuan pengetua tentang erti kemerdekaan. Katanya, susahnya hendak menjelaskan pengertian merdeka kepada anak-anak muda zaman sekarang ini umpama kita ingin memberitahu orang lain bagaimana seksanya apabila kita sakit gigi. Mungkin kita menyambutnya dengan deklamasi sajak yang panjang berjela dan semangat membara, mungkin kita pentaskan pentomin tentang kegigihan pejuang bangsa memerdekakan negara, mungkin kita bersama-sama melaung menjerit laungan MERDEKA. Tetapi...bagaimanakah penerimaan mereka, anak-anak muda ini.
Anak-anak sekarang tidak dapat menyelami dan menghayatinya kemerdekaan itu sebenarnya. Celik mata mereka sudah menikmati nikmat kemerdekaan. Untuk ke sekolah, tidak perlu bersusah payah berjalan kaki merentasi jalan merah berdebu, meredah belukar dan menyeberang sungai. Hidup mereka dikelilingi pelbagai kemudahan dan kesenangan.
Kita perlu memanjat kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana diberikan kemewahan dan kemakmuran kepada negara yang tercinta ini. Kita bertuah kerana negara ini kaya dengan hasil ekonomi, keharmonian hidup masih menjadi pegangan masyarakat biarpun ada suara sumbang untuk mengugatkannya, ketinggian budi pekerti masih kukuh diamalkan walaupun sedikit sebanyak semakin luntur dewasa ini.
Kita bertuah kerana negara ini sudah 52 tahun merdeka. Banyak negara lain yang sudahpun merdeka tetapi bergelut dengan persengketaan sesama sendiri, kebuluran menjadi-jadi , pengeboman di sana sini dan banjir besar gempa bumi meragut ribuan nyawa menghancurkan bangunan kebanggaan manusia. Tetapi kita masih terkilan kerana masih ramai anak bangsa kita, bangsa Melayu yang terjajah minda dan akal budinya. Mereka masih menjadi 'jaguh' sebagai mat rempit, penghuni pusat serenti, penganggur dan juga pendemotrasi jalanan bagi menuntut sesuatu yang mereka sendiri tidak mengerti.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar jauhkan bangsaku, negaraku daripada anasir-anasir yang boleh mengugat keharmonian dan kemakmuran yang dinikamti selama ini.

Langgan:
Catatan (Atom)